Monday, October 19, 2009

Deco Craft (Part 4) - Key Holder (Penyangkut Kunci)

Deco Bersama Suzana Kembali lagi....kali nie ialah Penyangkut Kunci.... Bahan-bahan yang diperlukan ialah ; Chipboard ~ Saya syorkan anda beli di bahagian Alat Tulis Jaya Jusco...harganya RM5.90. Sebab kualiti, tebal dan ada lapisan kayu nipis agar ditebuk TIDAK mudah pecah. Lining @ Piping ~ tidak kisah apa jenis..asalkan dapat buat kemasan keliling frame. Spounge ~ beli yang ketebalan 12mm. Kain ~ saya syorkan kain tebal iaitu kain sofa atau 100% cotton tebal @ kain Crosstitch. Butang Jeans ~ ada jual di kedai barangan jahitan bahagian butang baju...saya gunakan sebab mudah untuk sangkut kunci yang berat...tidak melondeh kebawah.
Gunting dua keping chipboard dengan ukuran lebar 6 inci dan panjang 12 inci.
Butang jeans nie ada dua bahagian. Bahagian yang tajam adalah bahagian bawah dan penutup dibahagian atas. Tandakan dari bawah ke atas 2 1/2 inci. Tandakan setiap 1 1/2 inci kepada 4 bahagian (Seperti foto diatas). Masukkan bahagian penutup iaitu bahagian tajam butang jeans..pada bahagian yang ditandakan setiap 1 1/2". Pusing kan kad kedepan dan letakkan kain. Ambil bahagian penutup butang Jeans dan tutup pada bahagian bawah penutup butang. Gunakan Tukul Besi untuk menutupnya. Pastikan anda lapik dengan kayu pada bahagian bawah ketika hendak ketuk. Butang Jeans yang sudah siap dipasang. Foto Akhir sekali..kedudukan butang jeans. Setelah siap pasang butang Jeans. Kemaskan kain dan jahit pada bahagian belakang kain seperti diatas. Pada bahagian yang ada butang jeans dan Sulaman Reben....letakkan spounge di bahagian belakang chipboard dan jahit seperti diatas. Pandangan ini adalah bahagian belakang kain / chipboard. Cantumkan dua keping bahagian depan dan belakang. Jahit jelujur. Kemaskan dengan lining pada keliling bahagian yang telah siap dicantum. Key Holder yang telah siap. Bahagian hadapan ini, TIDAK semestinya Sulaman Reben. Anda boleh jahit Sulam Benanng, Sulam Manik, Crosstitch, Stumpwork, PunchNeedle, Patchwork, Felt atau apa saja...saya hanya berikan idea untuk anda menghasilkan produk hasil dari jahitan sulaman. SELAMAT MENCUBA ! Nantikan tutorial seterusnya......Insya-Allah...

15 comments:

~FAWA~ said...

aduhai..........x tau nak kata pa...pn ann oiii....

Suzana Mustafa said...

Fawa,
cuba jangan tak cuba...

peace said...

wah, bagusnya

~FAWA~ said...

pn ann butang jeans beli kat kedai alat jahit ker? @ kedai tertentu ja?

Nur said...

Pn Ann, thanks for sharing tutorial ni. Nak cuba dengan cross stitch, kalau dapat gather bahan-bahannya. :)

sheik said...

PnAnn ni memang kreatif...suka kenali org macam PnAnn...good job!! i like it!!

Suzana Mustafa said...

Fawa,
saya tak pasti samada ada jual di kedai biasa atau tidak...yang saya tau di kedai barangan jahitan atau kedai jual butang baju...

Suzana Mustafa said...

Yati,
jika siap nanti..tunjuk ekkk hasil jahitannya...

Suzana Mustafa said...

sheik,
anda pun gitu..saya boleh ketahui hasil dari jahitan anda...

ilmu@amal said...

wanna to try... tqqq

Amy Amira said...

canteklah akak jahit bunga riben tu :)

dalna said...

cantek..suke sangat hasil keje tangan Pn Ann

Mommy Adam Adib said...

speechless d tgk design kak ann ni..suka semua...

Unknown said...

преклоняюсь перед вашим талантом!!!!Спасибо за праздник красоты!!!

sewcookiecrumble said...

Puan ann saya sangat teruja atas kejujuran dan keikhlasan puan menunjuk ajar. Sangat berterima
kasih dan semoga puan di berkati Allah dan dilindungi. Semoga kami juga mendapat menafaat dari
ilmu yg puan ajar ni... amin.. cuma tuhan saja yg dapat membalasnya.